Kurikulum Pengajian

i. Kurikulum pengajian bersepadu menggabungkan hafazan al-Quran 30 juz, subjek agama dan bahasa arab serta subjek akademik untuk kelayakan SPM. Ia bertujuan melahirkan pelajar bersifat konfrehensif dan syumul pada daya intelektual mereka.

ii. Sebagai tambah nilai, pelajar akan dibimbing dengan pengajian kitab “ala pondok” menggunakan kitab turath (kitab lama) serta perbahasan isu-isu agama contemporary (moden). Ia bertujuan melengkapkan pelajar dengan kemampuan academia.

iii. Dalam tempoh lima tahun pembelajaran (tingkatan satu hingga lima) pelajar dibimbing menyempurnakan penulisan 30 juz al-Quran melalui Metode Al-Quran Follow The Line. Ia bertujuan melengkapkan koleksi peribadi pelajar agar memiliki al-Quran 30 juz tulisan tangannya sendiri.

 

Pembangunan Syaksiyyah Pelajar

i. Pembangunan syakhsiyyah dan keperibadian baik pelajar menjadi kayu ukur utama yang akan dinilai secara konsisten oleh pihak tahfiz.

ii. Puasa sunat melibatkan semua pelajar akan dibuat setiap hari khamis. Disusuli dengan iftar jamaie, solat maghrib, solat hajat, solat isyak dan majlis zikir perdana aura syifa dan doa selamat.

iii. Qiamulail perdana melibatkan semua pelajar akan diadakan setiap pagi jumaat.

Aktiviti Ko-Kurikulum

i. Kami menyediakan aktiviti riadhah dan sukan dengan kadar yang munasabah seperti latihan kawad, bola sepak, badminton, tenis, pingpong, bola tampar, futsal dan lain-lain lagi.

ii. Aktiviti pembangunan karektur dan kepimpinan seperti perkhemahan, latihan survival, latihan berpidato, berusrah, berkhutbah dan seumpamanya.

iii. Kepada pelajar yang berkemampuan mereka dialukan mengikuti rehlah sambil mencari ilmu melalui program Umrah: ziarah Mekah&madinah dan kembara rohani ke Bandung&Jakarta.  

Sky Bet by bettingy.com

Kembara Rohani

Umrah Istimewa