OBJEKTIF UTAMA JABATAN AKADEMIK
Melahirkan insan yang muhsinin sehingga dapat difahami bahawa semua orang yang berbuat baik akan dibalas dengan ilmu oleh Allah azza wajalla. Ini berdasarkan ayat 22 dari Surah Yusuf:
وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ آتَيْنَاهُ حُكْمًا وَعِلْمًا وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ
“Dan tatkala dia cukup dewasa, kami berikan kepadanya hikmah dan ilmu. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.”
Ini bermakna, usaha untuk mencapai kejayaan dalam akademik mestilah seiring dengan peribadi shakhsiah yang mulia.
KURIKULUM
Maahad Tahfiz Integrasi Sains Madinatul Huffaz mengguna pakai sukatan pembelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi semua mata pelajaran akademik.
TINGKATAN 1-3
- Hifz Al Quran (Pautan Hafazan Al Quran)
- Mata pelajaran akademik
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Arab
- Sains
- Matematik
TINGKATAN 4 DAN 5 (TERMASUK PROGRAM FAST TRACK TINGKATAN 4 DAN 5)
Terdapat dua aliran yang ditawarkan iaitu Aliran Sains Tulen dan Aliran Perakaunan.
- Aliran Sains Tulen
- Hifz Al Quran (Pautan Hafazan Al Quran)
- Sepuluh (10) mata pelajaran akademik:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Arab
- Sejarah
- Biologi
- Fizik
- Kimia
- Pendidikan Agama Islam
- Matematik
- Matematik Tambahan (wajib)
- Aliran Perakaunan
- Hifz Al Quran (Pautan Hafazan Al Quran)
- Sembilan (9) atau sepuluh (10) mata pelajaran akademik:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Arab
- Sejarah
- Sains
- Prinsip Perakaunan
- Pendidikan Al Quran dan As Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiyah
- Matematik
- Matematik Tambahan (pilihan)
PENTAKSIRAN
Pentaksiran akademik yang dijalankan di MATIS Madinatul Huffaz melibatkan pentaksiran dalaman dan pusat iaitu:
- Ujian Penilaian 1
- Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Ujian Penilaian 2 / Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia
- Peperiksaan Akhir Tahun / Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

