PEMBANGUNAN FASA 2

MAKLUMAT MENGENAI PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ INTEGRASI FASA KEDUA

Untuk makluman pihak tuan, Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz (MTIMH) Fasa Pertama mendapat sambutan yang baik dari masyarakat sehingga tidak lagi mampu menampung permintaan ramai.

Rentetan keperluan di atas, maka pihak Lembaga Pengurusan Tahfiz bersetuju untuk membeli sebidang tanah dan membina Kompleks MTIMH Fasa Kedua berhampiran dengan Fasa Pertama yang sedang beroperasi sekarang. Rujukan latar belakang Kompleks MTIMH

Fasa Kedua sebagaimana berikut:

  1.   KELUASAN TANAH (0.70 ekar bersamaan 30, 200 kaki persegi)

Ia bakal menampung 400 pelajar beserta asrama. Empat tingkat bangunan ini bakal dibangunkan di tanah tersebut. Ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian akademik dan pengurusan di tingkat satu dan aras dua. Manakala tingkat tiga dan empat adalah bahagian asrama pelajar. Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz.

  2.   KOMPONEN BANGUNAN

Komponen Tingkat Satu Dan Tingkat Dua

Ia menempatkan pejabat pengurusan, surau, bilik guru, dewan makan, galeri, makmal, studio, bilik rawatan, bilik darjah, perpustakaan, bahagian kewangan termasuk ruang sokongan seperti tandas dan setor.

Komponen Tingkat Tiga Dan Tingkat Empat

Ia menempatkan asrama pelajar, rumah dan bilik warden, dewan serbaguna, ruang-ruang sokongan seperti tandas, bilik mandi dan wuduk.

  3.   KESELURUHAN BANGUNAN MTIMH FASA 2

Keseluruhan luas kasar bangunan kompleks ini dianggarkan seluas 6,800 meter persegi (sekitar 1,890 meter persegi per aras).

Manakala luas bersih keseluruhan bangunan adalah 6,125 meter persegi (mengambilkira ruangan separa tertutup seperti Tangga, Beranda dan sebagainya. Keseluruhan) ini memberikan nisbah 1 : 2 kepada luas tapak. Manakala kawasan plinth untuk kompleks ini ialah 57%.

Sistem keselamatan kebakaran dari jenis Sistem Hos Gelung (Hose reel System) termasuk dua lif, 3 tangga akses keselamatan di sekitar kompleks. Untuk keperluan pembetungan, kompleks ini disediakan satu sistem loji kumbahan disediakan berkapasiti 100 PE.

  4.   KOS YANG DIPERLUKAN

Kos yang masih diperlukan untuk menyiapkan sepenuhnya Kompleks (MTIMH) Fasa Dua sehingga ia dapat beroperasi ialah sekitar RM3.4 juta ringgit. Maka saya mewakili pihak Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz (MTIMH) dengan ini memohon sumbangan dari pihak tuan untuk tujuan di atas.

Segala bantuan, sumbangan dan kerjasama dari pihak, amat kami hargai dan mengucapkan berbanyak terima kasih. Wassalam.

RM
Personal Info

Donation Total: RM10.00