RAKYAT MALAYSIA MENGHAFAZ AL-QURAN (MMQ) & LIVE TRADE AMAL AAA

PENDAFTARAN MMQ & LIVE TRADE AMAL TELAH DITUTUP. 

Terima kasih & Tahniah kepada semua yang telah mendaftar. 

 

1) Buat julung kali berlaku di Malaysia istilah “Rakyat Malaysia Menghafaz Al-Quran 30 juzuk”. Design program dikenali sebagai Malaysia Menghafaz Quran, atau singkatannya (MMQ). Usaha murni ini  digerakkan oleh pasukan kerja Maahad Tahfiz Integrasi Sains Madinatul Huffaz (MATIS Madinatul Huffaz) yang diketuai oleh Ustaz Dr. Azahar bin Yaakub dan Ustazah Datuk Dr. Norhafizah binti Musa (Pengerusi & Penasihat MATIS Madinatul Huffaz)

2) Bermula dengan pasukan pemantauan para Nuqaba’ Huffaz ditubuhkan. Disusuli dengan pembentukan kumpulan seramai 11 orang satu kumpulan. Sehingga kini program yang bermula Ogos 2021 telah berjaya menarik minat lebih 600 rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat mengikutinya. Penyertaan dijangka akan bertambah lagi di masa akan datang. In Sya Allah.

3) Program ini berlaku secara atas talian (Google Meet). Menghafaz hanya satu sehingga tiga ayat sehari dengan bimbingan para Nuqaba’ Huffaz. Usaha menjayakan program MMQ memerlukan dana yang besar. Bermula pengurusan pentadbiran, operasi program, penganjuran bimbingan berkala setiap minggu, saguhati para Nuqaba’ Huffaz dan seumpamanya. Manakala bayaran yuran komitmen peserta daurah serendah hanya RM45 sebulan sahaja.

Daurah Hafazan Yang Dilaksanakan Melalui Medium Google Meet

4) AAA tidak hanya bergiat cergas di lapangan pendidikan ilmu pelaburan saham dunia semata-mata, kami juga mahukan Saham Akhirat. Maka AAA mengajak semua alumni AAA dan umat Islam di Malaysia agar sama-sama kita menyumbang/infaq ke program Rakyat Malaysia Menghafaz Al-Quran (MMQ). Anda boleh menyumbang melalui Medium Donation Khas yang kami sediakan untuk circle PROJEK AMAL AAA membantu tujuan di atas. Semua sumbangan anda akan kami umumkan jumlah kutipannya dan diinfaqkan kesemua jumlahnya kepada MATIS Madinatul Huffaz. Ia bertujuan:

i) Membantu menampung sebahagian kos operasi dan pengurusan program Rakyat Malaysia Menghafaz Al-Quran. (MMQ)

ii) Membantu menampung sebahagian kos saguhati bulanan dan hadiah kepada para Nuqaba’ Huffaz yang membimbing peserta MMQ.

iii) Membantu menampung sebahagian kos hadiah kepada peserta Daurah Hafazan yang berjaya mencapai taget hafazan tertentu. Ia sebagai motivasi persaingan sesama peserta daurah agar sentiasa bersemangat menyempurnakan hafazan 30 juzuk.

iv) Membantu menampung sebahagian kos penganjuran Seminar Rakyat Malaysia Menghafaz Al-Quran (MMQ) dan Usrah Komuniti MATIS Madinatul Huffaz yang dijalankan setiap minggu. Penganjuran ia terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia secara percuma.

v) Membantu menampung sebahagian kos menyiapkan Pembangunan Kompleks Maahad Tahfiz Integrasi Sains Madinatul Huffaz (MATIS Madinatul Huffaz) Fasa 2, di Gombak, Kuala Lumpur.

 

Live Trade Amal

“JADILAH PELABUR BIJAK PELABUR BERTAQWA”

 

RM

INFAQ TAHFIZ MADINATUL HUFFAZ

Personal Info

Donation Total: RM10.00