SAMBUTAN HARI GURU NORMA BAHARU 2021

Alhamdulillah, pada 30 Mei 2021, bersamaan dengan hari Ahad, bermula jam 9.00 hingga 10.30 pagi, telah berlangsungnya Sambutan Hari Guru peringkat Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz secara dalam talian anjuran Hal Ehwal Murid (HEM) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Program ini telah melibatkan semua murid, guru dan kakitangan Madinatul Huffaz. Antara atur cara majlis ini adalah dengan dimulakan dengan Alunan Asma Ul Husna dan nyanyian lagu rasmi Madinatul Huffaz. Seterusnya diteruskan dengan bacaan doa, ucapan Ketua Pelajar, ucapan Perasmian Pengetua, Persembahan Pelajar iaitu Tazkirah Ringkas serta Deklamasi Sajak. Majlis ini juga diserikan lagi dengan penyampaian pelbagai anugerah norma dan anugerah khas kepada semua guru yang Berjaya memperolehinya dengan undian semua murid.
 
Alhamdulillah, dengan sambutan yang serba sederhana ini cukup membuktikan bahawa Madinatul Huffaz sangat menghargai jasa para guru yang banyak mencurahkan budi dan jasa dalam mendidik anak-anak murid di Madinatul Huffaz ini. Terima kasih para guru sekalian atas didikan dan jasa kalian dalam mendidik anak bangsa. Semoga Syurga Allah Taala sahaja yang selayaknya menjadi tempat Kembali kalian di akhirat kelak hendaknya. Allahumma Aamiin.
 
Sebagaimana yang telah kami maklumkan, di sini kami kongsikan senarai penuh penerima Anugerah Norma sempena sambutan Hari Guru peringkat Madinatul Huffaz baru-baru ini. Sekalung tahniah kami ucapkan. 💓
 
Anugerah Guru Paling Berkarisma Lelaki : Ustaz Mohd Izzuddin bin Jasmee.
Anugerah Guru Paling Berkarisma Wanita : Ustazah Siti Annisha binti Anuar.
 

Anugerah Guru Paling Berdedikasi Lelaki : Ustaz Fatahur Rahman Bin Mohd Hafid.

Anugerah Guru Paling Berdedikasi Wanita : Ustazah Nur Ajwa binti Tokiman.

 
Anugerah Guru Paling Bersemangat Lelaki : Ustaz Muhammad Syafiq bin Che Mansor.
Anugerah Guru Paling Bersemangat Wanita : Ustazah Husna Binti Rosli.

Anugerah Guru Paling Penyayang Lelaki : Ustaz Nur Azizi bin Osman.

Anugerah Guru Paling Penyayang Wanita : Ustazah Nurussyafiah binti Mukhtaruddin.
 
Anugerah Guru Paling Kreatif Lelaki : Ustaz Muhammad Faris bin Muhammad Idris.
Anugerah Guru Paling Kreatif Wanita : Ustazah Wan Nor Aqilah binti Wan Zulkifli.
 
Anugerah Guru Paling Pemalu Lelaki : Ustaz Zulkifli bin Hamzah.
Anugerah Guru Paling Pemalu Wanita : Ustazah Nur Athirah binti Abdul Razak.
 
Anugerah Guru Paling Komited Lelaki : Ustaz Ruzmi bin Hashim.
Anugerah Guru Paling Komited Wanita : Ustazah Sharifah Noriza binti Abd Kadir.
 
Anugerah Guru Paling Ceria Lelaki : Ustaz Nor Aiman bin Azhari.
Anugerah Guru Paling Ceria Wanita : Ustazah Siti Nur Husna binti Mohd Ghazali.
 
Anugerah Guru Paling Bergaya Lelaki : Ustaz Asyraf Murtadha bin Azhar.
Anugerah Guru Paling Bergaya Wanita : Ustazah Nur Izzati binti Mohd Nazim.
 
Anugerah Guru Paling Beriman : Ustaz Mohamad Nizam bin Abdul Aziz.
 
Anugerah Guru Paling Tegas: Ustaz Abu Zar bin Rahis.
 
Anugerah Guru Paling Empati : Ustazah Mariyam binti Saad.
 
Anugerah Guru Paling Berketerampilan : Teacher Wan Nurul Azimah binti Mohd Shuhaimi.
 
Anugerah Guru Paling Sopan : Teacher Khadijah binti Ibrahim.