Maklumat Am

Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz (MATIS Madinatul Huffaz) diasaskan oleh Ustaz Dr. Azahar bin Yaakub dan Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Binti Musa dengan kerjasama ahli lembaga penasihat MATIS Madinatul Huffaz. MATIS Madinatul Huffaz beroperasi di tapak milik persendirian beralamat di No 1-6, Lot 764, Lembah Melewar, 68100 Gombak, Kuala Lumpur.

MATIS Madinatul Huffaz merupakan sebuah sekolah tahfiz persendirian (swasta) yang berteraskan sistem Pendidikan Islam merangkumi tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah. MATIS Madinatul Huffaz mengintegrasikan segala ilmu yang dipelajari dengan Islam berdasarkan al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ dan Qias tanpa ada pemisahan antara duniawi dan ukhrawi.

Penubuhan MATIS Madinatul Huffaz ini bertujuan melahirkan generasi muda penghafaz Al- Quran, menguasai ilmu akademik dan berketerampilan sebagai pendakwah muda melalui kepimpinan yang dibentuk. Pembelajaran dan pengajaran juga menggunakan teknik multimedia bertujuan meningkatkan keupayaan semasa pelajar dalam merangkumi semua aspek pembelajaran. MATIS Madinatul Huffaz juga ditubuhkan untuk menampung keperluan masyarakat terhadap ilmu pengajian agama secara lebih sistematik untuk anak-anak mereka.

Sistem pengajian di MATIS Madinatul Huffaz merangkumi Hafazan, Akademik & Diniyyah.

MATIS Madinatul Huffaz beroperasi sepenuh masa dengan menempatkan pelajar-pelajarnya di asrama penuh yang dilengkapi dengan prasarana yang lengkap. Sambutan masyarakat terhadap penubuhan MATIS Madinatul Huffaz amat menggalakkan. Pelajar-pelajar yang menuntut di MATIS Madinatul Huffaz bukan sahaja datang dari sekitar Kuala Lumpur bahkan dari beberapa negeri seluruh Malaysia.

 

KOMPONEN 10 DALAM 1

Berikut merupakan komponen integrasi di MATIS Madinatul Huffaz:

  1. Hafazan 30 juzuk.
  2. Akademik
  3. Diniyyah
  4. Aliran sains
  5. Kitab turath
  6. kajian Al-Quran
  7. Kajian Akhlak
  8. Kepimpinan
  9. Kokurikulum
  10. Latihan Kemahiran