PENGAJIAN KITAB TURATH
PENGENALAN
Menyusuri tradisi perjalanan para ulamak dalam menimba ilmu adalah sebahagian teknik berkesan meraih kejayaan selain ia merupakan jalan pintas untuk sampai ke destinasi dengan selamat tanpa ada sebarang gangguan yang menggagalkan. selepas pemergian para ulamak, segala ilmu mereka juga turut sama tertanam di pusara mereka hanya yang tertinggal di permukaan bumi adalah karya-karya sebagai warisan kita. justeru MTIMH mengambil perhatian dalam perkara ini dengan memujudkan kurikulum “PENGAJIAN KITAB TURATH” sebagai teras kesempurnaan seorang penuntut ilmu.
OBJEKTIF
Memperkenalkan kepada para pelajar karya-karya peninggalan sarjana islam yang terlebih awal menyusuri perjalanan menimba ilmu dan secara tidak langsung dapat mengenali sejarah hidup para ulamak dan juga kesabaran mereka dalam menimba ilmu.
Mengajar para murid untuk menganalis dan mengkaji isi kandungan yang telah di tuliskan para ulamak silam yang sarat dengan hikmah dan penuh ilmu selain dari keberkatan yang ada pada penulisan mereka.
Mendidik para pelajar untuk menggabungkan ilmu-ilmu sarjana terahulu dengan ilmu-ilmu sarjana sezaman yang juga turut memberi manfaat. Agar para pelajar juga mampu menguasai kedua dua karya.
PERLAKSANAAN
MTIMH mewajibkan kepada semua pelajar untuk mengikuti kelas Pengajian Kitab Turath ini tanpa ada pengecualian. kesemua pelajar akan duduk bersama-sama bersimpuh menadah kitab dari seorang guru. Gaya suasananya adalah seperti kelas-kelas zaman dahulu, duduk dihadapan guru bertalaqqi. pengajian akan berlanggsung di surau MTIMH di waktu petang selepas solat jumaat, bermula dari jam 3 petang sehingga solat asar. Kebiasaannya pengajian akan di mulai dengan kitab adab-adad penuntut ilmu kemudian akan di susuli dengan kitab ayyuhal walad.
KESIMPULAN
Harapan besar dengan pendedahan ini para pelajar mempunyai garis panduan menuntut ilmu yang sebenar menurut pertimbangan sarjana islam dan para ulamak silam. Selain ia juga dapat menghidupkan motivasi yang tinggi dalam menekuni imu dan memilik kesanggupan yang mendalam untuk menempuh kesukaran dan kepayahan perjalanan sebagai pencinta ilmu.
KITAB 1
Kitab Terjemahan Ayyuhal Walad (versi tulisan jawi)
Kitab ini adalah terjemhan dari karya hujjatul islam imam al-ghazali, yang telah diusahakan oleh alfadhil tuan syeikh ahmad fahmi bin zam zam an-nadwi al-banjari al-maliki. Kitab “Ayyuhal Walad” ini ditulis oleh Al Imam Al Ghazali r.a. sebagai jawapan kepada sepucuk surat yang dihantar oleh seorang murid beliau yang sangat mencintainya, di mana di dalam surat itu murid beliau meminta agar Imam Al Ghazali r.a. sudi menulis sepucuk surat yang merupakan satu wasiat yang ditujukan kepadanya khusus, walaupun ia yakin bahawa isi dan kandungan surat tersebut telah termaktub dalam kitab-kitab karangan Imam Al Ghazali r.a. Lalu Imam Al Ghazali dengan murah hati menjawab surat anak muridnya tadi dan memberikan kepadanya beberapa nasihat yang sangat mahal harganya.
Apabila kita cuba meneliti kandungan surat Imam Al Ghazali r.a. ini, kita akan mendapati bahawa beliau sangat ikhlas sekali dalam memberikan nasihat dan di celah-celah ungkapan beliau tersebut terserlah kebolehan Imam Al Ghazali r.a. dalam menggambarkan tipuan dunia dan kekalnya akhirat dan betapa perlunya kita kepada iman dan amalan yang soleh serta kejernihan jiwa. Kita juga melihat kasih sayang Al Ghazali r.a. terhadap muridnya lalu beliau membawakan nasihat ini dalam bahasa yang halus yang menyentuh hati nnurani kita dan terkadang dapat mengalirkan air mata dan memberikan kesan yang sangat mendalam sekali sehingga membawa kepada suatu perubahan dalam kehidupan kita.
Maka dengan itu telah berhimpunlah di dalam nasihat Imam Al Ghazali r.a. ini keindahan ikhlas dan kindahan bahasa lalu kalimah yang keluar daripada hati yang ikhlas tadi akan masuk ke lubuk hati pula dan benar-benar memberikan kesan yang ketara sekali. Inilah nilai kebenaran dan nilai keindahan yang sebenar, iaitu ikhlas, indah, benar dan berkesan. Kemudian daripada itu, walaupun surat ini pada asalnya ditujukan khas kepada anak murid Imam Al Ghazali r.a. namun isi dan kandungannya adalah sangat diperlukan oleh semua lapisan masyarakat, sama ada besar atau kecil kerana nasihat yang ditulis oleh Imam Al Ghazali r.a. ini sangat penting bagi mereka yang mahu memantapkan keazaman dalam usaha yang berterusan untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.

KITAB 2
Kitab Muqoddimah al-Majmuk (bab adab-adab seorang penuntut ilmu)
Di MTIMH hanya membaca dan mengkaji sebahagian kecil dari kitab ini, yang memfokuskan topik adab-adab menuntut ilmu yang di anjurkan oleh imam an-nawawi. Bab yang menerangkan bagaimana peribadi seorang penuntut yang harus diamalkan. Ia adalah bekalan seorang pelajar dalam proses mencapai ilmu yang diberkati.
Kitab ” al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab ” karya Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi merupakan rujukan fiqh terbesar mazhab al-Syafi-’i secara khusus dan fiqh Islam secara umum. Selain juga merupakan sebahagian dari kekayaan klasik Islam yang murni dan khazanah fiqh perbandingan. Kitab yang sangat monumental ini memiliki karakter khusus yang membuatnya berbeza dari segi metodologi ilmu yang akurat, sehingga membuatnya berada di tempat teratas dibanding ensklopedia-ensiklopedia fiqh lainnya, baik klasik maupun kontemporer. kitab ini adalah hasil karya imam an-nawawi Namun, al-Nawawi -rahimahullah- meninggal sebelum menyelesaikan kajian ilmiyahnya dalam menghuraikan kitab al-Muhazzab pada abad ketujuh Hijriyah kerana ia meninggal dunia lebih awal pada tahun 676 H setelah memenuhi dunia dengan ilmu dan karya tulis, maka selanjutnya tugas mulia ini diambil alih oleh salah seorang ulama terkemuka, iaitu Taqiyuddin al-Subki, seorang Syaikhul Islam pada masanya. Ia dilahirkan di desa Subuk dari wilayah Monofia pada tahun 683 H dan wafat pada tahun 756 H.

KITAB 3
Kitab Ta‟lim al-Muta‟allim Tariq al-Muta‟allim :
Kitab Ta‟lim al-Muta‟allim Tariq al-Muta‟allim dihasilkan oleh Imam Burhanuddin al-Zarnuji dengan membahagikan perbahasan beliau dalam tiga belas fasal. Perbahasan al-Zarnuji bersifat ringkas dan umum dalam membicarakan kaedah dan metode yang sepatutnya dijalani oleh seorang penuntut ilmu yang menginginkan hasil yang optimum dalam pencarian ilmu. Buku ini merupakan karya yang berbentuk nasihat dan panduan kepada para penuntut ilmu. Dalam membincangkan sesuatu idea, al-Zarnuji banyak membawa syair sebagai kaedah sokongan kepada idea yang diutarakan namun beliau tidak banyak membawa dalil dari al-Quran dan hadis dalam perbincangan beliau. Ini mungkin syair ketika itu dekat di hati masyarakat, lebih ringan dan jelas untuk di fahami kebanyakan orang. Imam Al-Zarnuji memulakan perbahasan beliau dengan puji-pujian ke atas Allah SWT dan selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw. Seterusnya al-Zarnuji menceritakan hasil pengamatan beliau terhadap penuntut ilmu di zamannya yang begitu tekun dalam menimba ilmu namun mereka gagal memanfaatkan ilmu tersebut dari segi pengamalan dan penyampain. Menurut beliau kegagalan mereka adalah berpunca daripada kegagalan mereka memahami dan mengikuti cara dan metode yang betul dalam mencari ilmu. Imam al-Zarnuji membahagikan karya beliau ini dalam tiga belas fasal di mana setiap fasal disusun berdasarkan nasihat, tatacara, hikmah dan syarat-syarat sebagai seorang pelajar. Tiga belas fasal yang dimaksudkan adalah seperti di bawah:
- Pengertian ilmu pengetahuan, ilmu Fiqah dan kelebihannya
- Niat ketika belajar
III. Pemilihan ilmu, guru, rakan belajar dan sabar
- Kemuliaan ilmu dan orang berilmu
- Kesungguhan, ketekunan dan kegigihan
- Memulakan “al-sabq” (pelajaran baru) kadar dan tertibnya
VII. Tawakkal
VIII. Waktu belajar
- Belas kasihan dan nasihat
- Berusaha mendapatkan manfaat dari ilmu
- Wara‟‟ ketika belajar
XII. Perkara yang membantu ingatan dan melupakannya
XIII. Amalan yang menambah rezeki dan menghalangnya, amalan yang menambah umur dan memendekkannya.
Tiga belas perkara di atas merupakan saranan dan metode yang dicadangkan oleh Imam alZarnuji kepada para penuntut ilmu bagi mengoptimumkan hasil serta manfaat dari ilmu yang dituntut. Saranan beliau adalah bermula dari pekerjaan hati seperti niat yang ikhlas hingga amalan yang berbentuk fizikal seperti disiplin dalam menjaga waktu ditambah dengan amalanamalan sampingan yang membantu seseorang itu fokus dalam pencarian ilmu.
