Program Infaq Al-Quran Tulis Follow The Line dibuat untuk memberikan manfaat kepada kedua dua pihak iaitu pihak penderma dan penerima. Di mana penerima akan dapat naskhah al-Quran Tulis ini, manakala penderma akan mendapat pahala yang berpanjangan apabila penerima menulis al-Quran yang diinfaqkan ini.
Al-Quran Follow The Line akan diinfaqkan ke beberapa pusat tahfiz, pusat pemulihan, rumah kebajikan yang terpilih. Hasrat MTIMH ialah tidak ada satu rumah/institusi di Malaysia ini kecuali memiliki Al-Quran Tulis Follow The Line.
APAKAH AL-QURAN TULIS FOLLOW THE LINE?
  1. Al-Quran Tulis Follow The Line merupakan al-Quran yang dikaburkan tulisannya bagi memudahkan kita menulis semula al-Quran mengikut tulisan yang dikaburkan.
  2. Ia salah satu metode menulis Al-Quran yang mudah, efektif, efisien dan menyenangkan kerana dapat dipakai oleh seluruh kalangan dan kelompok usia.
  3. Penulis boleh menggunakan pensel 2B untuk menulis al-Quran Follow The Line.