Maklumat Am

Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz (MTIMH) diasaskan oleh Ustaz Dr. Azahar bin Yaakub dan Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Binti Musa dengan kerjasama ahli lembaga penasihat MTIMH. MTIMH beroperasi di tapak milik persendirian beralamat di No 1-6, Lot 764, Lembah Melewar, 68100 Gombak, Kuala Lumpur.

MTIMH merupakan sebuah sekolah tahfiz persendirian (swasta) yang berteraskan sistem Pendidikan Islam merangkumi tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah. MTIMH mengintegrasikan segala ilmu yang dipelajari dengan Islam berdasarkan al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ dan Qias tanpa ada pemisahan antara duniawi dan ukhrawi.

Penubuhan MTIMH ini bertujuan melahirkan generasi muda penghafaz Al- Quran, menguasai ilmu akademik dan berketerampilan sebagai pendakwah muda melalui kepimpinan yang dibentuk. Pembelajaran dan pengajaran juga menggunakan teknik multimedia bertujuan meningkatkan keupayaan semasa pelajar dalam merangkumi semua aspek pembelajaran. MTIMH juga ditubuhkan untuk menampung keperluan masyarakat terhadap ilmu pengajian agama secara lebih sistematik untuk anak-anak mereka.

Sistem pengajian di MTIMH merangkumi Hafazan & Akademik. 

MTIMH beroperasi sepenuh masa dengan menempatkan pelajar-pelajarnya di asrama penuh yang dilengkapi dengan prasarana yang lengkap. Sambutan masyarakat terhadap penubuhan MTIMH amat menggalakkan. Pelajar-pelajar yang menuntut di MTIMH bukan sahaja datang dari sekitar Kuala Lumpur bahkan dari beberapa negeri seluruh Malaysia