PENGAJIAN

KURIKULUM

i. Kurikulum MTIMH menggabungkan tiga pengajian utama iaitu hafazan serta penulisan Al-Quran, subjek agama dan juga subjek akademik. Penggabungan ini adalah kerana MTIMH komited untuk melahirkan pelajar yang bersifat syumul serta mempunyai wawasan yang luas bersesuaian dengan daya intelektual mereka.

ii. Sebagai tambah nilai, pelajar akan dibimbing dengan pengajian kitab “ala pondok” menggunakan kitab turath (kitab lama) serta perbahasan isu-isu agama kontemporari (moden). Ia bertujuan melengkapkan pelajar dengan kemampuan akademia.

AKTIVITI KO-KURIKULUM

Pelajar ini juga turut didedahkan dengan aktiviti :-

i. Riadhah dan sukan dengan kadar yang munasabah seperti latihan kawad, bola sepak, badminton, tenis, pingpong, bola tampar, futsal dan lain-lain lagi.

ii. Pembangunan karakter serta kepimpinan seperti perkhemahan, latihan survival, latihan berpidato, berusrah, berkhutbah dan seumpamanya.

iii. Bagi pelajar yang berkemampuan mereka dialu-alukan mengikuti rehlah sambil mencari ilmu melalui program Umrah: Ziarah Mekah dan Madinah, dan Kembara Rohani ke Bandung dan Jakarta.  

PEMBANGUNAN SAHSIAH

Pembangunan sahsiah serta keperibadian baik menjadi kayu ukur utama yang akan dinilai secara konsisten oleh pihak tahfiz. Di antara aktiviti yang diserapkan pada pelajar adalah :-

i. Puasa sunat setiap hari khamis yang akan disusuli dengan iftar jamaie, solat maghrib, solat hajat, solat isyak, doa selamat serta majlis zikir perdana aura syifa.

ii. Qiamulail perdana dibiasakan pada setiap pagi jumaat.

PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Hubungi Kami

Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz
No 1-6, Lot 764, Lembah Melewar, 68100 Gombak, Kuala Lumpur

Untuk sebarang urusan, anda boleh menghubungi kami di talian berikut:

Pejabat : 03-6178 2836
H/phone: 016-283 3884

Email: admin@tahfizmadinatulhuffaz.com
FB: www.facebook.com/madinatulhuffaz