PENGENALAN PROGRAM FAST TRACK SPM
- Program ini bagi membantu para pelajar yang telah menghafaz al-quran yang tidak pernah mengambil subjek akademik.
- Program Fast Track di MTIMH bagi setiap pengambilan dibuat selama DUA TAHUN iaitu Tingkatan 4 & Tingkatan 5.
- Masa untuk tasmik hafazan tetap juga diperuntukkan di dalam kurikulum Fast Track.
- Antara mata pelajaran yang diambil ialah:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Arab
- Matematik
- Sains
- Pendidikan Quran Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Sejarah
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN FAST TRACK SPM
- Telah hafaz sekurang-kurangnya 25 Juzuk Al-Quran.
- Terbuka kepada pelajar lelaki & perempuan
- Boleh menulis dan membaca jawi dengan jelas dan betul.
- Boleh membaca Al-Qur’an dengan baik dan lancar mengikut tajwid.
- Mampu berdikari.
- Bersedia tinggal di asrama dan sanggup mematuhi peraturan sekolah.
- Berahlak baik dan beradap sopan.
- Tidak mempunyai penyakit kronik.
- Tidak menghisap vape, pod dan rokok
- Tidak mempunyai rekod salahlaku jenayah.
- Ikhlas kerana Allah SWT untuk menghafaz Al-Quran dan bukan kerana paksaan semata-mata.
- Berminat untuk mempelajari dan menguasai pengajian akademik dan diniyyah.
- Boleh membaca dan menulis Al-Quran serta jawi dengan jelas dan betul.
- Berumur tidak lebih dr 20 tahun dan tidak kurang 16 tahun
- Lulus temuduga kemasukan yang akan dibuat di Tahfiz Madinatul Huffaz.
- Bagi yang berminat boleh mengisi borang kemasukan. Pelajar yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga.

MAKLUMAT KEMASUKAN
- Borang Permohonan Kemasukan dibuka mulai 1 September 2020 sehingga 10 Disember 2020.
- Pelajar yang memenuhi syarat kemasukan akan dipanggil untuk sesi temuduga pada 12 Disember 2020.
- Keputusan temuduga akan dimaklumkan pada 17 Disember 2020 melalui laman web rasmi Tahfiz Madinatul Huffaz.
- Kemasukan pelajar Fast Track Sesi 2021/2022 ialah pada 30 Januari 2021.
- Pengambilan pelajar terhad iaitu 50 pelajar sahaja.